Laminate flooring telah menjadi pilihan popular di kalangan pemilik rumah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Jika anda sedang merancang untuk melakukan pengubahsuaian rumah, adakah laminate flooring bagus untuk anda?
Ketahui lebih lanjut tentang laminate flooring serta panduan memilih yang terbaik dalam artikel ini.
Apa Itu Laminate Flooring?
Lantai lamina mempunyai permukaan keras yang seakan lantai kayu (seperti jubin) dan diperbuat daripada kayu kitar semula. Terdapat lapisan melamin di atasnya yang melindungi daripada kesan calar. Ketebalan lantai ini berkisar antara 8mm hingga 12mm dan dapat dipasang di atas lantai yang sudah ada seperti jubin, konkrit, atau kayu keras. Dengan teknologi terkini, laminate flooring kini kelihatan hampir sama seperti lantai kayu asli.
Kelebihan Laminate Flooring
1. Pemasangan
- Cepat dan Mudah: Salah satu kelebihan utama laminate flooring adalah proses pemasangannya yang cepat dan mudah. Dengan reka bentuk klik yang inovatif, papan lantai lamina dengan mudah disatukan tanpa memerlukan gam atau pelekat tambahan.
- Reka Bentuk Klik: Design klik ini tidak hanya membuat pemasangan lebih mudah tetapi juga memastikan papan-papan lantai terkunci serta menciptakan permukaan yang rata dan stabil. Selain itu, penggunaan skirting sebagai kemasan dinding di bahagian tepi memberikan penampilan yang rapi dan kemas.
2. Pembersihan
Lantai ini sangat mudah untuk dibersihkan. Anda hanya perlu menggunakan vakum atau penyapu untuk membersihkan debu dan kotoran harian.
3. Ketahanan dan Penyelenggaraan
Lantai berlamina disukai kerana tahan lasak. Lapisan melamin di permukaannya memberikan perlindungan terhadap calar dan kotoran.
4. Harga Berpatutan
Laminate flooring lebih murah berbanding dengan lantai kayu keras atau jubin seramik. Ini menjadikannya pilihan yang baik bagi mereka yang mempunyai bajet terhad tetapi masih ingin lantai yang cantik dan tahan lama.
5. Corak Menarik
Laminate flooring menawarkan pelbagai pilihan corak yang seakan rupa kayu asli, batu, dan jubin. Anda boleh memilih daripada pelbagai corak dan warna yang sesuai dengan gaya dan tema rumah anda.
Laminate Flooring: Sesuai Untuk Siapa?
Laminate flooring sesuai untuk pemilik rumah yang mencari lantai yang cantik, tahan lasak, dan mudah dijaga dengan kos yang berpatutan.
Disebabkan lantai lamina diperbuat daripada kayu keras kitar semula, lantai ini tidak tahan air. Oleh itu, tidak disarankan dipasang di kawasan dengan kelembapan tinggi. Dengan demikian, lantai ini tidak sesuai untuk ruang seperti bilik mandi.
Panduan Memilih Laminate Flooring
1. Ketebalan dan Kualiti: Pilih lantai berlamina dengan ketebalan sekurang-kurangnya 8mm untuk memastikan ia tahan lasak dan stabil.
2. Reka Bentuk dan Warna: Pilih corak dan warna yang sesuai dengan dekorasi rumah anda. Anda boleh memilih daripada pelbagai reka bentuk yang serupa kayu asli atau jubin.
3. Ketahanan Terhadap Kelembapan: Jika anda merancang untuk memasang laminate flooring di kawasan yang terdedah kepada kelembapan, pastikan anda memilih produk yang mempunyai ketahanan tambahan terhadap air.
Kesimpulannya, laminate flooring mempunyai banyak kelebihan yang menjadikannya pilihan popular bagi banyak pemilik rumah.
Adakah anda berminat untuk memasang lantai jenis ini?
Pemasangan Lantai oleh Koleksi Adam
Anda mencari pemasangan lantai berlamina untuk rumah atau perniagaan anda? Anda boleh memilih Koleksi Adam.
Kami adalah pakar dalam pemasangan lantai ini untuk pelbagai sektor termasuk kediaman dan komersial.
Daripada dewan sekolah, tadika, hingga bangunan pejabat, kami mempunyai pengalaman yang luas dalam menyediakan penyelesaian lantai yang berkualiti tinggi.
Pasukan kami mempunyai pengalaman yang luas dalam industri ini dan dilengkapi dengan kemahiran lantai yang bagus.
Jadi, hubungi Koleksi Adam jika anda memerlukan perkhidmatan pemasangan lantai yang boleh dipercayai.