Koleksi Adam

Mengapa Karpet Mahal Sangat

Antara komen yang kita selalu dengar adalah “kenapa karpet mahal sangat?” Ya betul ada yang berharga ratusan ringgit. Ada yang beribu ringgit. Malah ada juga yang berpuluh-ribu ringgit.

Jadi, hari ni kami nak cuba berkongsi faktor-faktor yang membawa kepada harga karpet. Selepas anda baca ni, anda buat lah pilihan yang terbaik.

Bahan Karpet

Bahan yang digunakan untuk membuat karpet, atau permaidani, akan menentukan kualitinya. Dalam masa sama ia juga akan mempengaruhi sama ada karpet ni bertahan lama atau tidak. Bahannya juga akan menentukan cara terbaik untuk menjaga dan membersihnya juga.

Mari kita lihat antara bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat karpet. Ia boleh dibahagikan antara bahan natural seperti bulu (wool) dan sutera (silk), atau bahan sintetik seperti nylon dan polyester. Mari kita lihat baik buruk setiap satu.

Bulu (wool)

Bulu adalah serat (fiber) semulajadi yang sangat kuat. Karpet bulu biasanya merupakan pilihan yang mahal. Ini kerana karpet bulu bertahan lama dan mengekalkan warna dan coraknya. Ada yang bertahan berpuluh tahun. Sebagai bahan, karpet yang diperbuat daripada bulu akan mempunyai tekstur yang lebih lembut, gebu dan mewah daripada yang diperbuat daripada bahan sintetik.

Sutera (silk)

Karpet sutera juga merupakan jenis karpet yang bertahan lama. Tekstur yang bersinar, warna cerah, rasa ekslusif adalah antara sebab karpet sutera diminati selebriti, bangsawan dan royalti. Oleh kerana nilainya sangat tinggi, ia perlu dirawati dan dibersihkan dengan tukang professional. Ia tidak sesuai untuk kawasan awam. Nanti cepat rosak.

Nylon

Nylon adalah bahan sintetik yang biasa digunakan untuk membuat karpet. Ia bertahan lasak, tidak mudah rosak, dan sangat murah berbanding karpet bahan natural. Jadi, ia sesuai untuk kawasan awam seperti ofis, karpet masjid, karpet rumah dan sebagainya. Tetapi nylon adalah bahan yang menyerap dan mudah rosak akibat tumpahan.

Polyester

Polyester juga merupakan bahan sintetik yang biasa digunakan untuk membuat karpet. Ia murah, kurang menyerap dan senang nak jaga dan dibersihkan. Tetapi, selepas beberapa tahun, bahan polyester akan mula reput dan hancur, jadi karpet jenis ini tidak bertahan lama.

Pewarna Karpet

Faktor lain yang membawa kepada harga karpet adalah jenis pewarna yang digunakan. Karpet diwarnakan dengan pewarna semulajadi atau pewarna kimia.

Yang jenis pewarna semulajadi akan bertahan lebih lama. Maksudnya, warnanya tak mudah pudar. Tetapi, ia memerlukan tenaga kerja yang tinggi dan ini membuatnya lebih mahal.

Yang jenis pewarna kimia (chemical) lebih murah sebab biasanya ia menggunakan mesin sahaja. Tetapi pewarna jenis ini lebih mudah pudar terutamanya di kawasan awam.

Cara Karpet Dibuat

Kaedah pembuatan permaidani juga merupakan faktor penting dalam menentukan harganya.

Yang paling mahal adalah karpet yang dibuat dengan tangan. Ia memerlukan tenaga kerja yang tinggi. Walaubagaimanapun, karpet jenis ini mempunyai ‘knot count‘ tinggi, yang akan menghasilkan tekstur mewah, warna cantik, dan lebih eklsusif. Karpet buatan tangan boleh bertahan berpuluh-puluh tahun jika dijaga baik. Jadi, biasanya ia dilihat sebagai satu pelaburan.

Cara buatan karpet yang lain adalah dengan menggunakan mesin. Ia dibuat dengan cepat, pengeluaran tinggi, dan lebih murah. Ia juga boleh memperbanyakkan pilihan karpet dengan pelbagai corak dan warna.

Ini adalah antara faktor-faktor yang mempengaruhi nilai karpet. Bukan semuanya bergantung pada harga, malah lebih penting lagi adalah untuk melihat apa bahan yang digunakan, cara ia dibuat, dan samada bertahan lama atau tidak. Setiap karpet ada kesesuaiannya tersendiri.

Ada karpet khas untuk wall-to-wall, untuk kegunaan pejabat. Ada yang sesuai untuk rumah dan ada yang dibuat semata-mata untuk masjid.

Jadi lepas ni anda boleh lah buat pilihan yang sesuai untuk anda sendiri.

Whatsapp Kami
Perlukan Bantuan?
Hello 👋
Ada apa yang boleh saya bantu?