Karpet mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi reka-bentuk dalaman (interior design). Dalam design modern zaman kini yang lebih minimalist, karpet dapat membawa rasa keselesaan. Ia boleh memberi suntikan warna yang gah dalam ruang yang putih, atau pudar. Karpet rumah juga sering digunakan untuk membahagi, atau membezakan ruang, dengan menarik tema warna yang serupa. Dalam masa sama, karpet dapat meluaskan sesuatu kawasan juga. Semuanya bergantung pada ukuran dan tempat kita meletakkannya.
Ya betul, design dan susunan karpet adalah sebahagian besar dalam bidang reka-bentuk dalaman. Dan sebenarnya, ia tak perlu susah. Kita semua boleh buat di rumah sendiri tanpa memerlukan kos tinggi. Kalau kita perhatikan sedikit tentang susunan karpet, warnanya, dan design perabot yang ada, pasti reka-bentuk dalaman rumah menjadi lebih hebat.
Ok jadi mari kita bermula belajar sedikit tentant susunan karpet yang betul. Pertama, terdapat banyak gaya yang perlu dipertimbangkan; moden, geometri, bercorak (chevron, berlian, berbunga, ikat dll), atau neutral (ini termasuk jute, rotan, tali dan bulu). Kemudian kita perlu lihat dari segi teksturnya – flat weave, knotted, tufted atau hooked.
Setiap gaya dan design terjatuh pada mata seni individu tersendiri. Tetapi, terdapat beberapa peraturan atau panduan yang dapat membantu kita.
Ruang Tamu
Panduan pertama adalah – Jika letak berapa karpet kecil, ia dilihat berselerak dan akan membuat ruangan lebih kecil. Sedangkan karpet yang lebih besar akan membuat ruangan nampak lebih lapang.
Letakkan karpet di tengah ruang tamu (di bawah meja kopi anda) dan letakkan (sekurang-kurangnya) kaki depan sofa di atas karpet juga sehingga permaidani itu tersembunyi di bawah perabot. Ini menjadikan penampilan lebih estetik lebih kemas.
Ketika memilih karpet untuk ruang tamu anda, adalah penting untuk mempertimbangkan jenis rumah yang anda miliki, contohnya jika anda mempunyai kucing dan anak-anak kecil. Mungkin karpet bulu (wool) lebih praktikal daripada satin.
Ruang Makan
Banyak orang yang ragu-ragu untuk meletakkan karpet di tempat anda makan. Mungkin sebab takut kotor dengan makanan yang terjatuh atau air tertumpah. Tetapi, ini tak sepatutnya menghalang anda mendapat ruang tamu yang cantik dan selesa. Cuba lihat gambar-gambar ruang makan di bawah.
Jadi, anda hanya perlu memilih karpet yang mudah dibersihkan seperti nilon atau bulu, dan elakkan yang menyerap dan tebal. Satu tip berguna: ukuran karpet yang sesuai adalah dengan menambahkan 60sm pada setiap sisi meja makan. Ini akan memberi cukup ruang untuk meletakkan kerusi, walaupun ia ditarik keluar.
Bilik Tidur
Biasanya, ukuran karpet untuk bilik tidur utama (master bedroom) yang mempunyai katil saiz Queen adalah 8 x 10 kaki. Ini membolehkan karpet hampir ‘hilang’ di bawah katil dan menimbulkan ilusi lebih banyak ruang di bilik tidur itu. Pastikan ia seimbang dengan meletakkan katil itu di tengah karpet. Sekiranya anda meletakkan karpet di sekitar tempat tidur anda, lebih baik anda meninggalkan jarak kira-kira setengah meter antara karpet dan dinding luar.
Adakah anda ada panduan tersendiri? Boleh berkongsi bersama kami dan pembaca lain. Kalau ada yang tertanya mengapa karpet terlalu mahal, anda boleh membaca artikel ini.